Menambah Google Analytics kedalam Blogger

Salam,

Tidakkah agak mengembirakan untuk mengetahui berapa ramai kah yang melawat blog korang setiap hari? Bagaimana kalau dapat mengetahui yang mana satu "post" korang yang popular? Agak ralat sikit Blogger tidak menawarkan analitis-analitis mana-mana blog tetapi nasib baik adanya Google Analytics — boleh didapati dengan percuma.

Google Analytics adalah satu alat yang bagus dimana berfungsi menunjukkan kepada korang pelbagai maklumat berguna seperti bagaimana orang menjumpai blog korang, katakunci yang digunakan untuk mencari korang, daripada mana mereka datang dan berapa lama mereka berada di blog korang. Korang akan belajar lebih banyak tentang dari mana pelawat korang datang dan bagaimana mereka berinteraksi dengan blog korang. Ini merupakan satu alat yang mesti ada jika korang mencuba membina sebuah blog yang menguntungkan sebaliknya korang hanya membuag masa!

Artikel kali ini akan menunjukkan bagaimana korang dapat menambah Google Analytics kedalam blog Blogger korang.Ia adalah satu proses yang agak mudah dan tidak menghendaki mana-mana kemahiran teknikal langsung.

Langkah #1 - Persediaan Akaun Google Analytics

Pergi ke Google Analytics dan daftar masuk menggunakan Blogger log masuk korang. Jika akaun korang tidak berfungsi atas beberapa sebab, korang boleh mewujudkan satu akaun yang baru. Apabila korang log masuk korang akan menyaksikan sebuah skrin yang kelihatan sebegini:

Klik butang “Sign up now" dan meneruskan langkah berikutnya yang dimana korang diminta untuk mengisi maklumat umum korang. URL Laman Web , Nama, Negara, Dan Zon Waktu. Skrin akan dipapar begini:

Jika korang perasaan, aku letak URL Blogger tanpa perlu http:// dan menamakan sebagai "Ilham Alfa" kerana ini adalah peringkat atas korang untuk 1 atau 100 buah laman web berbeza supaya ia adalah idea yang baik untuk menamakan sesuatu yang lebih unik. Langkah berikutnya akan meminta korang untuk maklumat peribadi termasuk nama pertama korang, nama keluarga, nombor telefon, dan negara. Mudah kan?

Proses yang terakhir dalam mendaftar diri, akan meminta korang untuk menerima perjanjian "user agreement terms and conditions" yang korang perlu baca (Uish.ranjit..gila nak baca..hahaha).

Ok, skrin yang seterusnya sangat-sangat penting.Ini merupakan kod yang akan diperlukan dalam blog korang, salin dan pes kedalam blog blogger korang. Teruskan dan klik kepada kotak dan ia akan secara automatik "highlight" keseluruhan blok kod untuk korang. Sekarang korang perlu untuk menyalin kod dan pes ia kepada notepad atau di dokumen MS WORD. Simpan, ia diperlukan kemudian, OK.

Selepas korang klik butang “Continue>>" korang akan dibawa ke papan pemuka(Dashboard)Google Analytics. Korang akan lihat blog korang disenaraikan tetapi dengan tiada data analisis kn?….Belum abis lagi..

Ok, sekarang dah selesai membuat akaun Google Analytics korang. Langkah yang seterusnya cara-cara nak letak tracking kod kedalam blog Blogger korang dengan itu ia dapat melaporkan kepada Google Analytics dan menyediakan data-data yang menarik untuk korang.Sempoi!!

Langkah #2 - Menambah Penjejakan GA Kod Untuk Templat Blog Korang

Ini bukan merupakan langkah yang sukar sangat walaupun korang takut untuk menyentuh kod templat korang. Log masuk ke akaun Blogger korang dan klik pada "Layout" -> tab “Edit HTML”. Ini akan membawa pada kod templat korang. Sebelum buat apa-apa perubahan, aku nasihatkan korang "back-up" templat blog korang kalau-kalau ada masalah nanti. Selepas korang buat, teruskan membaca.

OK, didalam tetingkap templat kod html(Edit HTML) korang, skrol terus kebawah berterusan di kod templat korang dan cuba cari tag (/ body ). Tag itu berhampiran dengan tag penutup templat korang. Jika korang tidak dapat mencari tag tersebut berkemugkinan kod templat blog korang dibuat tidak betul(tak cukup sifat) dan korang harus menambah satu, betul di atas tag (/ html ) . Tag (/ html ) harus sentiasa menjadi garis terakhir dalam kod templat korang. Ia menandakan berakhirnya templat korang.

OK, sekarang kembali pada kod yang korang simpan sebelum ini dalam Notepad atau Word Doc untuk Google Analytics. Korang perlu salin kan dan pes di atas tag (/ body ) seperti gambar di bawah. Warna biru itu adalah kod Google Analystics baru yang baru aku pes dalam templat aku.

Klik save dan seharusnya korang tak dapat sebarang masalah. Kalau ada, ia mungkin berkaitan dengan kod Google Analytics tersebut atau mungkin berkenaan dengan kod templat korang. Andaikan korang dah berjaya simapan(save) kod ini, korang sekarang dah selesai penyiratan kod Google Analytics pada templat korang.

Langkah #3 - Mengesahkan Google Analytics sedang Menjejak (Tracking)

Kembali pada akaun Google Analytics korang dan lihat pada papan pemuka. Paling mungkin korang akan melihat tanda seru kuning di bawah lajur “status" yang kelihatan begini: .Ini bermaksud semuanya belum selesai lagi kerana kita akan memberitahu Google Analytics bahawa kita baru sahaja tambah kod tersebut. Pada papan pemuka korang, klik pada "Edit" yang terletak disebelah kanan.

Selepas korang klik pada link itu, korang akan lihat skrin sperti gambar di bawah. Di situ menyatakan "Tracking Not Installed" atau "Tracking Unknown" diikuti dengan satu link “Check Status" (Gambar dibawah menyatakan "Waiting For Data" kerana internet sangat lembap di Malaysia). Korang mungkin mahu semak status dan klik link tersebut dimana akan memberitahu Google Analytics untuk melawat laman web korang dan melihat atau semak kod baru yang korang pes di blog korang.

Anggapkan korang dah pes kod tersebut, Google Analystics akan mencari kod baru tersebut dan mula menjejak semua benda dalam blog korang. Jika masih korang ada masalah, mungkin dengan disebabkan oleh Google Analytics itu sendiri dan korang harus baca panduan bantuan untuk memperbaiki masalah korang.

Mesej yang dipaparkan diatas “Waiting for Data” bermaksud korang dah berjaya dengan betul penyediaan Google Analytics dan data sedang dikumpulkan. Sekarang klik sebelah kiri atas logo Google Analytics dan ia akan membawa korang pada papan pemuka Google Analytics korang. Di situ klik pula pada "View Report" dan jeng jeng semua data pengunjung blog Blogger korang dapat dilihat. (Hehehe aku punya kosong lagi, sebab dah lama tak update blog ini..hahaha)


Buat pengetahuan korang, ia mengambil masa sejam atau lebih sebelum dapat melihat apa-apa data (mungkin lama jika korang tak dapat trafik yang banyak) di harapkan bersabar.(Macam aku hahaha). Percaya lah ,kita mesti melihat blog kita sekali sehari untuk melihat perkembangannya. Akan ketagih dan info yang sangat berguna. Korang akan terkejut post mana yang "gempak" dan negara mana pelawat datang untuk membaca blog korang.

Buat masa ini cukup setakat ni sahaja mengenai Google Analytics. Apa-apa pun Google Analytics memang bagus! Mungkin post yang lain aku akan kembangkan lagi mengenai alat yang berguna ini.(Penat dah menulis..:D)

Wa'salam.



1 ulasan:

muhdsafuan90 berkata...

bang.google analytics ni kena bayar ke?

Copyright © 2008-2009 - Sapa Cilok Siapa's? - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template