Mari bersama SCS di Twitter

Salam,

Agak memenatkan hari ini. Walaupun tak banyak kerja hari tapi cukup penat dah. Aku dah lama nak buat akaun Twitter untuk blog ini. Maka, hari ini aku berkesempatan nak daftar platform "micro-blogging" ni.

Apa itu Twitter? Ia adalah satu rangkaian sosial dan menulis blog-mikro (micro-blogging) perkhidmatan yang membenarkan kita menghantar dan membaca kemaskini pengguna yang lain ( dikenali sebagai Tweets),dimana teks yang dihantar sehingga tidak lebih 140 patah perkataan.

Semua kemaskini terbaru disenaraikan pada profil pengguna dan di hantar kepada pengguna yang lain dimana mereka telah mendaftar untuk menerima kemaskini tersebut. Penghantar boleh menentukan kepada siapa kemaskini hendak di hantar berpandukan pada kawasan kawanan mereka (penghantaran kemaskini kepada semua pengguna telah ditetapkan). Pengguna boleh menerima kemaskini terbaru melalui laman web Twitter, SMS, RSS, atau melalui aplikasi seperti TwitterMobile, Tweetie, Twinkle, Twitterrific, Feedalizr, Facebook, dan Twidget, satu aplikasi widget.

Ok, itu sikit perihal Twitter, nak tahu siapa yang mengasaskan Twitter? Pengasasnya adalah, Jack Dorsey, Biz Stone, dan Evan Williams. Kalau nak tahu mengenai pengasas Twitter boleh taip sahaja nama mereka di google, pasti puluhan ribu mengenai mereka dipaparkan.
Ok, cukup sedikit tentang Twitter dan pengasasnya. Aku tulis ini nak memberitahu, Sapaciloksiapa's dah ada Twitter akaun sendiri. Kalau tak dulu pinjam akaun Bingkisandarineo.com. Sebab apa aku nak buat macam ni? Sebab aku nak wujudkan komuniti baru sebab aku nak takluk dunia hahahaha..Takdalah tipu jer tu. Sebenarnya bertujuan untuk memberitahu kemaskini blog ini dan harap dapat kenalan yang sama jalan dengan aku. Boleh jugak dikatakan untuk mendapatkan trafik ke blog ini.

Kepada mereka yang singgah ke blog yang dh lama tak kemaskini ini(berjanji sehari 1 artikel baru) dan ada Twitter sudi-sudikan lah "follow me" di Twitter. Seterusnya, aku akan "follow" korang pulak. Bantu menbantu, internet ni luas, macam-macam ada.

Wa'salam..

Twitter Sapaciloksiapa : https://twitter.com/sapaciloksiapa
Sertai Twitter sekarang : https://twitter.com

0 ulasan:

Copyright © 2008-2009 - Sapa Cilok Siapa's? - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template