Salam,
Widgets adalah sesuatu yang hebat, jalan mudah untuk menambah kefungsian untuk blog korang (atau mana-mana lama web yang korang punya)!
Kebanyakan pentas(platform) blog telah mempunyai pelbagai jenis widgets disediakan dan boleh didapati untuk korang mengunakan jika korang memilihnya. Ini mungkin daripada widget untuk diperagakan pada keratan profil korang dalam sidebar, dan hubungan untuk artikel-artikel yang disukai.
Jika pentas blog korang (Blogger,Wordpress dan Typepad) telah tersedia widget untuk ditambah, hanya memerlukan korang tarik dan letak (drag and drop)di mana-mana bahagian layout blog korang, dan susun suai mengikut kehendak korang. Terdapat laman-lama web yang lain menyediakan widget dan korang boleh mendapatkan untuk tambahan widgets blog korang, seperti mencatat masa, RSS Headlines, pandangan mutakhir dan banyak lagi.Banyak bagi laman web juga dapat memasukkan widget ke dalam layout blog korang secara automatik, supaya korang tak perlu melakukannya dan juga tidak perlu bimbang untuk menyisipkan kod HTML / JAVASCRIPT! kedalam blog korang.
Di sini beberapa laman web yang popular dengan widget
- Widgetbox.com
- Blogger Templates
- Snipperoo Widget Directory
Semoga info ini berguna dan selamat berhujung minggu.
Wa'salam
Apa itu "Widget" dan bagaimana mengunakannya?
Dicatat oleh Ilham Alfa Label: Aplikasi Intenet, Teknologi, Tip Blogger, Tip Blogging, WidgetsMari bersama SCS di Twitter
Dicatat oleh Ilham Alfa Label: Aplikasi Intenet, Internet, Rangkain Sosial, TeknologiSalam,
Agak memenatkan hari ini. Walaupun tak banyak kerja hari tapi cukup penat dah. Aku dah lama nak buat akaun Twitter untuk blog ini. Maka, hari ini aku berkesempatan nak daftar platform "micro-blogging" ni.
Apa itu Twitter? Ia adalah satu rangkaian sosial dan menulis blog-mikro (micro-blogging) perkhidmatan yang membenarkan kita menghantar dan membaca kemaskini pengguna yang lain ( dikenali sebagai Tweets),dimana teks yang dihantar sehingga tidak lebih 140 patah perkataan.
Semua kemaskini terbaru disenaraikan pada profil pengguna dan di hantar kepada pengguna yang lain dimana mereka telah mendaftar untuk menerima kemaskini tersebut. Penghantar boleh menentukan kepada siapa kemaskini hendak di hantar berpandukan pada kawasan kawanan mereka (penghantaran kemaskini kepada semua pengguna telah ditetapkan). Pengguna boleh menerima kemaskini terbaru melalui laman web Twitter, SMS, RSS, atau melalui aplikasi seperti TwitterMobile, Tweetie, Twinkle, Twitterrific, Feedalizr, Facebook, dan Twidget, satu aplikasi widget.
Ok, itu sikit perihal Twitter, nak tahu siapa yang mengasaskan Twitter? Pengasasnya adalah, Jack Dorsey, Biz Stone, dan Evan Williams. Kalau nak tahu mengenai pengasas Twitter boleh taip sahaja nama mereka di google, pasti puluhan ribu mengenai mereka dipaparkan.
Ok, cukup sedikit tentang Twitter dan pengasasnya. Aku tulis ini nak memberitahu, Sapaciloksiapa's dah ada Twitter akaun sendiri. Kalau tak dulu pinjam akaun Bingkisandarineo.com. Sebab apa aku nak buat macam ni? Sebab aku nak wujudkan komuniti baru sebab aku nak takluk dunia hahahaha..Takdalah tipu jer tu. Sebenarnya bertujuan untuk memberitahu kemaskini blog ini dan harap dapat kenalan yang sama jalan dengan aku. Boleh jugak dikatakan untuk mendapatkan trafik ke blog ini.
Kepada mereka yang singgah ke blog yang dh lama tak kemaskini ini(berjanji sehari 1 artikel baru) dan ada Twitter sudi-sudikan lah "follow me" di Twitter. Seterusnya, aku akan "follow" korang pulak. Bantu menbantu, internet ni luas, macam-macam ada.
Wa'salam..
Twitter Sapaciloksiapa : https://twitter.com/sapaciloksiapa
Sertai Twitter sekarang : https://twitter.com

