Google Blogger untuk Dummies (Buku untuk belajar blogger)

Salam,

Ya, apa khabar semua? Diharap korang semua baik baik dan sihat-sihat sahaja. Apa yang panas sekarang, kat tempat aku maksud aku negeri aku, Perak.Hahaha..peralihan kerajaan negeri mungkin. Ok lah, lupakan pasal politik tu.

Sekarang aku nak bincang pasal buku. Korang mesti ada jumpa buku yang macam ini kat MPH bookstore tak pun kedai - kedai buku. Perkataan terakhirnya "Dummies" (mungkin kasar bunyi nyer kan). Contoh bukunya seperti Computers for Dummies, C++ for Dummies, Wordpress for Dummies dan macam - macam lagi yang berakhir dengan dummies. Maksudnya bukan buku untuk orang bodoh lah, tapi aku rasa "cara-cara mudah memahami sesuatu terma dan perkara" itu aja. Ilmu beb!

Buku kali ini Google Blogger for Dummies telah berada dipasaran di United States (kat Malaysia tak tahu bila). Pengarangnya, Susan Gunelius, adalah Presiden & CEO of KeySplash Creative, Inc, a full service marketing communications provider.Dia juga seorang pengarang dan pakar pemasaran dan pakar penjenamaan.

Apa Google Blogger untuk Dummies akan meliputi
Menjadi satu panduan bagi mereka mengenali Blogger, Google Blogger untuk Dummies akan meliputi kedua-dua asas bagi menggunakan Blogger (mencipta dan menyediakan blog pertama) dan juga setengah teknik terkini dan visi, malah penulis-penulis blog berpengalaman akan menemui kedua-duanya berguna.

Terdapat 16 bab kesemuannya, 5 bab yang pertama menerangkan bagaimana untuk menyediakan dan menguruskan sebuah blog dengan Blogger,manakala bab-bab yang lain pula mengisahkan kepada pembangunan sebuah blog berjaya termasuk nasihat tentang jaringan sosial, penerbitan artikel blog dan menguruskan templat korang.
*Sumber dari Amazon*

Apa-apa pun kita nantikan sahaja kemunculannya. Sumber dari MPH Bookstore buku ini masih belum ada di pasaran Malaysia. Harga yang dicadangkan ialah RM78.90 (mungkin berubah). Kalau korang nak jugak buku Google Blogger for Dummies ini boleh lah beli di Amazon.com dengan harga $18.99(baru) dan "best price" $15.67, Google Blogger For Dummies (For Dummies (Computer/Tech))

Nak dapatkan ilmu kene lah berkorban sikit, ya tak. Aku dah order dah buku ini di MPH Bookstore Kinta City, Ipoh. Mungkin, minggu depan dapat kot.InsyaAllah. Kalau tak sabar beli sahaja di "online".


Da! Wa'salam


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Info yang menarik keep a good work!

Copyright © 2008-2009 - Sapa Cilok Siapa's? - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template