Google Toolbar 5 Untuk Firefox

Google telah melancarkan Toolbar 5 untuk Firefox untuk menyokong ciri - ciri terbaru yang telah disertakan ke dalam IE (Internet Explore) pada beberapa bulan yang lepas.

Ia datang dengan beberapa Google Service yang paling terkenal,seperti Gmail, Google Docs, Bookmarks, YouTube, Notebook, Maps yang berintegerasi dan toolbar ini akan sangat-sangat berguna jika anda menggunakannya.

Satu lagi peralihan utama adalah peningkatan yang dibuat dalam Autofill yang membenarkan kita mewujudkan dengan beberapa profil peribadi atau maklumat perniagaan termasuk alamat, alamat emel dan butir-butir kad kredit.

Terdapat 29 bahasa dalam Google Toobar 5 dan merupakan Toolbar yang pertama dilancarkan di St. Petersburg, pejabat Google di Rusia. Ia berkesan dengan Firefox 2 dan ke atas.

Muat turun Google Toolbar 5 di sini

Rasulullah s.a.w. sebagai Pemimpin

Rasulullah s.a.w. telah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda s.a.w. adalah rahmat dari Allah S.W.T.yang tidak ternilai harganya kepada alam semesta ini,sebagaimana jelas dari firman Allah S.W.T. yang bermaksud:


'Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam'.


(Al-Anbiya’:107)

Sebagai seorang Rasul yang diutuskan,darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat ma’sum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Maka kerana itu,arah dan tujuan yang di bawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini,tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpegang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Melalui dua sumber ini umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.

Dalam menyampaikan ajaran dan perintah-perintah dari Allah, Baginda juga memperlihatkan contoh-contoh teladan untuk diikuti oleh umatnya. Berkenaan hal ini Allah S.W.T. telah berfirman:

Maksudnya:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).'

(Al-Ahzab: 21)

Oleh yang demikian, dalam rencana ini kita akan melihat beberapa pengajaran dan contoh teladan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan kehidupannya untuk kita jadikan panduan serta ikutan dalam mengisi dan mempertingkatkan keimanan kita bagi memperolihi darjat taqwa yang diharap-harapkan. Maka untuk itu, dibentangkan sebahagian dari bimbingan dan teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. khasnya berkenaan perkara-perkara berikut:

RUMAHTANGGA

Keharmonian hidup berumahtangga adalah salah satu faktor utama dalam membina sesebuah masyarakat yang baik dan terhormat. Rumahtangga yang baik dan harmoni ini sukar diperolihi tanpa adanya kerjasama serta saling hormat menghormati antara suami isteri dan lain-lain anggota keluarga. Suami seharusnya berkelakuan baik dan berakhlak mulia dalam mengendalikan rumahtangganya, di samping itu sentiasa memperlihatkan contoh-contoh yang baik dalam pergaulan supaya ianya mudah diteladani oleh isteri dan anak-anaknya. Di dalam rumahtangga, para suami tidak sewajarnya bertindak sebagai seorang yang keras dan bengis yang tahu mengarahkan itu dan ini dan mahukan semuanya tersedia untuknya tanpa memikirkan suasana rumahtangga yang memerlukan kasih sayang,kerjasama dan saling bantu membantu.

Dalam kehidupan berumahtangga, Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan suatu teladan yang baik yang boleh diikuti oleh seseorang suami dalam mengurus rumahtangganya. Sebagai seorang suami Rasulullah s.a.w. amat bertimbang rasa dan bersedia membantu keluarganya. Banyak kerja yang dilakukan dengan tangannya sendiri, seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila mahu makan Baginda makan apa-apa makanan yang sedia ada saja. Rasulullah s.a.w. sangat marah kepada suami yang memukul isterinya sebagaimana memukul hamba abdi, sabdanya yang bermaksud:

Tidakkah seseorang dari kamu merasa malu untuk memukul isterinya sebagaimana dia memukul hambanya? Di waktu pagi dipukul isterinya kemudian di waktu malam ditidurinya pula'.

Di samping Rasulullah s.a.w. menunjukkan panduan dan contoh tentang hidup tolong menolong serta perasaan kasih sayang kepada isteri, Rasulullah s.a.w. juga menunjukkan suatu teladan yang baik khususnya kepada mereka yang mempunyai isteri yang lebih dari seorang. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa orang isteri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Ada yang masih muda dan cantik, dan ada yang sudah berumur. Walau bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. tidak sekali-kali bersikap pilih kasih dalam layanan kasih sayang antara mereka. Masa dan giliran mereka dibahagikan dengan adil serta cukup rapi sekalipun dalam masa Baginda sakit. Apabila Rasulullah s.a.w. hendak musafir, Baginda menjalankan undi antara isteri-isterinya itu dan hanya yang terkena undi saja yang berhak bersamanya.

JIRAN

Agama Islam sangat memandang berat tentang masalah berjiran di kalangan masyarakat umat Islam khususnya dan umat manusia umumnya. Islam memberikan perhatian yang sungguh berat ke arah menjalin hubungan yang baik dan harmoni di kalangan masyarakat sesuatu tempat. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. telah memberi panduan dan ajaran kepada umat Islam supaya mengelakkan diri dari segala sesuatu yang mengelakkan diri dari segala sesuatu yang boleh mencetuskan rasa kurang baik sesama jiran. Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah s.a.w. telah menerangkan:

Maksudnya:

' Tidak akan masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasai selamat dari kejahatannya

Al-Quran Palsu dari US

Waspada Al-Qur'an palsu buatan Amerika.

Apa kes?
Al-Quran baru buatan Amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di Kuwait , berjudul 'The True Furqan' isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan 'Omega 2001' dan 'Wine Press'.

Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'!
Berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan English, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak-anak & generasi muda di Kuwait di sekolah-sekolah berbahasa English disana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Al-fatihah, Al-Jana, dan Al-Injil.

Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristian tentang tiga tuhan.

Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu isteri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM.

Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang-orang Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT

Nak lihat isinya? Tak payah ler buat aper..(nak tengok jugak, gie sini, tengok ajer tau!)

sumber

Mentara Beradu - Daulah Islamiyah, Hijau Kuning Merah ..3 ermmm

Bagi saya lagu ini menarik. Ia memang ada unsur-unsur tersirat dan nasihat. Ada kata yang mengatakan lagu ini untuk pihak ini,pihak itu,pihak sana dan berpihak-pihak lah.
Bagi saya ia kena bagi kita semua yang ada nama yang baik (nama Islam) dan ber'bin'.Kita dah semakin lalaika?

Apa-apa pun, lagu nie bertujuan kebaikan. Fahami ini:

Semuanya hadir pada tempatnya, semuanya berlalu pada waktunya


Renunganlah demi bangsa dan negara..


Apa kes ni?

!!合意 !!! Ermm..apa kes ni? Kiranya saya baru dapat gambar ini melalui email yang dikirimkan secara rambang. Saya rasa gambar sudah sekian lama di edarkan.

Gambar Teresa Kok berpuas hati kerana apa yang dia mahu sudah tercapai dengan memadamkan tulisan jawi di papan tanda nama jalan di Bukit Bintang.

Gambar, Teresa yang anti Tulisan jawi

Teresa Kok mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (ADUN Seri Kembangan) mencadangkan agar azan diperlahankan kerana didakwa menggangu ketenteraman penduduk.

Ermm..apa kes..Mana pergi orang kuat kita? Kenapa senyap? Jangan sembuyikan fakta lambat laun orang tahu juga.

Renungankan lah sendiri..



Dihoskan lwn Platforms Blogging Mandiri (Stand Alone)

Assalam'mu'alaikum, pertama saya pohon maaf kerana kesibukan diri ini tidak dapat untuk untuk meng'update' blog ini. Hari itu saya ada berjanji untuk merumuskan tentang "Dihoskan lwn Platforms Blogging Mandiri" ia adalah sebahagian dari isu "Memilih Platform Blog 1".Kepada para pembaca yang belum memahami apa itu blog boleh untuk melihat kembali pada artikel "Memilih Platform Blog 1".

Baiklah mari kita mulakan..kelebihan DiHoskan lawan Platform Blogging Mandiri.

Dengan persoalan diatas yang bermain di minda anda,adalah masa yang terbaik mempertimbangkan pilihan dan menanya diri anda sendiri dengan soalan penting ini dalam proses ini.


Adakah anda memilih platform yang dihoskan atau platform blogging mandiri (Stand Alone)?


Sebelum ini saya telah sebutkan apabila bercakap tentang bajet yang terdapat beberapa opsyen (pilihan)dengan tawaran platform yang ada tetapi ada 2 benda penting tentang platform blog (dan sebahagian sahaja yang menawarkan satu kombinasi daripada dua - hanya membuatkan perkara ini lebih keliru)

Platform Blog yang Dihoskan.(Hosted)
Ini adalah jenis blog yang ramai blogger gunakan sebagai permulaan, sebab jenis ni adalah mudah dan ianya murah (jika bukan percumalah).Mungkin yang paling terkenal dengan sistem ini ialah Blogger.com, tapi ada lagi seperti WordPress.com dan MSN Spaces.TypePad juga menyediakan platform sebegini, walauupun ada pilihan untuk memilih untuk Mandiri.

Sistem ini adalah platform blog 'Dihoskan' kerana ia meng'hos'kan blog anda dengan domain sendiri.Senang anggap begini 'Dihoskan - penjual rumah, Hos - tuan rumah/penyewa'.Ok, dengan proses "membuat" yang sangat mudah, mereka akan memberikan anda laman web(URL), biasanya ia kombinasi nama blog ada dan nama mereka. Contoh:http://sapaciloksiapa.blogspot.com - 'sapaciloksiapa = nama anda, blogspot = nama yang menghoskan, ok. Ia ada dua elemen.Jika anda jumpa blog yang sebegini, bermakna ia menggunakan sistem blog yang dihoskan.

Pro dan Kontra platform blog yang dihoskan

Pro

- Percuma dan murah - seperti yang saya nyatakan di atas (TypePad sahaja yang kena bayar tapi murah)

- Sangat mudah untuk 'setup' - kebanyakan blog jenis ini boleh di 'set up' dengan templat biasa hanya beberapa minit sahaja.Proses 'set up' hanya perlu mengisi beberapa ruang kosong dan memilih rekabentuk blog anda (telah tersedia). Sangat sesuai bagi mereka yang kurang atau tidak tahu mengenai teknologi blog.

- Mudah diuruskan - Selepas anda melalui proses 'set up' yang mudah untuk blog anda ia sebenarnya sangat-sangat mudah diuruskan. Mungkin juga anda perlu belajar asas mengenainya, tapi kebanyakan platform jenis ini adalah sangat mesra pengguna.Untuk menyediakan artikel adalah mudah cuma perlu mengisi bahagian yang disediakan dan tekan sahaja butang menerbitkan (publish)

- Dikemaskini secara automatik - jika platform blog itu dikemaskini (updated), secara automatik juga mereka membuat untuk anda.

- Cepat Tersenarai di Enjin Pencarian - Salah satu kelebihan kebanyakan platform blog
jenis ini ialah blog anda agak mudah tersenarai di Enjin Pencarian kerana 'domain' mereka berada di senarai yang teratas di Enjin Pencarian. Dalam jangka panjang,walaupun blog anda tidak berada di senarai teratas Enjin Pencarian berbanding dengan blog Mandiri tapi ia baik sekurang-kurang orang nampak blog anda di Enjin Pencarian. :)

Kontra

- Kurang peluang untuk mengubah - Ok, maksud mengubah di sini ialah, mengubah gaya templat anda. Platform jenis ini, kurang memberi peluang untuk anda mengubah gaya blog anda. Contohnya WordPress.com - opsyen untuk rekabentuk adalah terhad (anda tidak boleh letak iklan di blog anda untuk buat duit),Blogger.com pulak tiada opsyen untuk kategori dan TypePad ada opsyen lain itu pun bergantung jenis mana anda bayar.

- Rekabentuk yang terhad - Ini juga terdapat pada blog Mandiri juga, dapati kebanyakan blog adalah sama.Ini kerana, templat tersedia telah diguna berulang-ulang kali dan jika anda masih baru ia agak sukar untuk diketengahkan. Misalnya, Blogger.com untuk membuat perubahan (anda boleh buat blog anda lebih menarik dan unik) anda kena tahu CSS dan HTML untuk edit templat anda (anda kena tahu sedikit mengenainya)

- Kurang Kawalan - Yup, platform jenis ini memang kurang peluang untuk mengawal blog anda. Walaupun kandungan blog itu milik anda tetapi URL tidak mencerminkan diri anda maksud saya blog anda.Pernah terjadi kepada blogger TypePad kecewa kerana blog mereka tidak dapat di uruskan buat seketika kerana masalah "server' TypePad.

- URL Generik - dengan memiliki URL nama sendiri boleh mencerminkan profesionalisme dan kenangan,berbanding kepada blog opsyen ini.Walaupun ada jugak blog yang mengguna platform ini berjaya tapi dengam menggunakan URL sendiri ia tampak lebih profesionalisme jika anda serius dalam bidang ini.

- Menaiktaraf ke Mandiri mungkin agak rumit - Mungkin persoalannya sebelum anda pergi ke platform yang dihos ialah apa yang perlu anda buat jika blog anda jadi 'famous' atau anda dapat gangguan semasa blogging yang tidak dapat anda selesaikan? Salah satu isu dengan platform dihoskan jika suatu hari nanti anda mahu bawa blog anda ke platform Mandiri ialah untuk mendapatkan kembali trafik blog yang telah anda bina sebelum ini.Saya tak kata i mustahil untuk dilakukkan tapi ada kesan darinya di kemudian hari setelah anda menukar nama domain, anda kena menbawa pembaca setia bersama, sekali lagi mengalami proses untuk mencari 'ranking' di Enjin Pencarian dan penukaran trafik dari satu blog ke satu blog yang lain.

Siapa yang harus guna platform blog yang di'hos'kan?

Ok,jika anda hanya mahu blog dan tidak peduli sangat dengan nama domain yang unik, tidak berminat untuk mengubah atau mendapatkan ciri-ciri terbaru dan terbaik maka platform yang dihoskan semangnya untuk anda.Untuk pengetahuan anda, walaupun sebahagian dari anda menganggap platform yang dihoskan ini tidak bagus dan blogger yang serius tidak menggunkannya, terdapat juga blogger yang menggunakannya berjaya denganya. Tak semestinya dengan Mandiri blog anda berjaya..fikirkanlah..

Platform Blog Mandiri (StandAlone)

Platform blog yang menggunakan nama domain anda sendiri.Sebahagian platform blog mandiri ialah WordPress.org, MovableType,PMachine,Greymatter, B2Evolution, TextPattern dan Expression Engine..banyak lagi sebenarnya.

Pro dan Kontra Platform Blog Mandiri

Pro

- Kawalan Penuh bagi Rekabentuk - Bergantung kepada keupayan anda dalam rekabentuk laman web blog ia sangat sesuai.Bagi mereka yang hebat dalam rekabentuk blog platform mandiri adalah untuk mereka.Bagi mereka yang kurang dalam perkara ini tak mengapa mereka masih boleh menggunakan templat yang tersedia, tak pun upah seseorang pandai untuk membuatnya.

- Kebolehsuaian - Platform mandiri kebanyakannya ada komuniti developer yang menyediakan 'plugins', untuk membantu anda menguruskan blog dengan mudah.

- Platform percuma - Walaupun anda bayar untuk hosting dan nama domain, sistem ini adalah percuma.Sebahagian ada mengenakan yuran lesen jika anda ada banyak blog atau menggunakannya untuk tujuan komersial, tapi jangan risau kerana terdapat banyak sumber terbuka .

- URL - Mempunyai nama domains sendiri ia adalah sesuatu yang hebat.Pertama, ia mudah untuk diingat, kedua ia nampak profesional dan unik serta mudah untuk penjenamaan.

Kontra

- Rumit disediakan (set-up) - Sekali lagi ia bergantung kepada keupayaan anda dan kepandaian dalam teknologi web, tapi setelah anda pindah ke platform Mandiri cara untuk menyediakannya semaikn rumit, ia meningkat.Ini termasuk untuk penyusunan 'hosting',menyediakan 'database' dan memuat turun (downloading) platform tersebut kedalam komputer anda kemudian 'upload' melalui ftp kedalam 'server' laman host anda.Terdapat panduan di setiap platform mandiri yang anda pilih.Untuk cara yang mudah carilah hosting yang boleh membantu anda untuk menyediakan blog anda.Mesti ada punya macam NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!

- Kos - Platform percuma, terdapat faktor dalam kos berterusan untuk nama domain anda (kos untuk setahun dan yuran pendaftaran)dan yuran hos (untuk tahunan juga). Terdapat banyak hosting di luar sana yang menyediakan promosi yang terbaik. Rajin-rajin lah untuk mencari ya.

- Kemaskini - Kebanyakan platform blog ini melalui perkara berbeza dan versi lain setiap masa.Pengemaskinian dari yang satu kepada yang lain boleh merumitkan jika anda tidak tahu apa yang anda lakukan.

- Isu Hosting - Saya pernah sebutkan dalam kontra platform yang dihoskan yang anda 'Kurang Kawalan' keatas blog anda dan kerenah platform hosting yang kekadang elok kekadang tidak.Sudah tentu ia juga benar untuk mana - mana hosting, dari masa ke semasa lain hosting lainlah penyelesaian pengacaraan dan masalahnya. Samaada anda menggunakan dihoskan atau mandiri, adalah penting untuk anda 'backup'dan sentiasa lah berwaspada jika sesuatu terjadi (server down ke).Pilih hosting yang bereputasi baik jika anda memilih plaform mandiri untuk menjamin masa 'uptime' yang maksimum.

Siapa yang akan menggunakan Platform Blog Mandiri?

Ia adalah ideal jika anda mahu lebih kawalan atau sedikit fleksibiliti dengan blogging anda. Ia boleh disesuaikan dengan ketertampilan dan sangat profesional.Sememangnya jika blog anda berada di platform mandiri tidak semestinya blog anda nampak sangat-sangat profesional.Sebenarnya, jika anda tidak kebolehan untuk mengolah dan mengubah rekabentuk blog atau sebagainya blog mandiri anda akan nampak 'kotor' dan kelihatan blogs tidak profesional.

Ok, itulah tentang platform yang dihoskan dan platform blog Mandiri. Agak panjang juga ya, di harap anda yang membaca tidak bosan ya.Di harapkan apa yang saya sampaikan boleh menjadi rujukan bagi anda. Fikirkanlah sebelum membuat apa-apa keputusan dalam memilih platform blog yang terbaik bagi anda.

Akhirkata

Tamatlah sudah madah dan cetera,
Untuk renungan saudari saudara,
Bersatu bangsa teguh negara,
Wassalamualikum ,salam sejahtera.



Memilih Platform Blog 1

Sudahkah bersedia untuk memiliki blog sendiri? Ok, artikel kali ini bertujuan membantu pembaca melalui beberapa isu-isu yang mereka kena fikir sebelum memilih sebuah platform blog.

Anda sering tertanyakan..

'Platfrom blog mana yang harus saya pilih?


'Haruskah saya menggunakan Blogger.com (percuma)atau saya harus mempunyai "host" blog di "Domain" saya yang sendiri? Platfrom manakah yang lebih baik'?


'Apakah Pro dan Contra andai saya memilih Typepad daripada WordPress sebagai platform blog saya?'


'Haruskah saya mula dengan satu "Blogging Platform" percuma dan "Upgrade" kemudian?'


Diatas adalah beberapa soalan-soalan yang lazim yang di tanya bakal blogger untuk bermula dan cuba untuk membuat satu keputusan mengenai platform blog atau alat untuk mereka pilih.

Saya disini tidak akan memberitahu platfrom blog mana yang harus dipilih kerana (blog saya pun percuma je untuk ilmu), seperti mana akan ada saksikan,terdapat sebab yang baik untuk memilih kebanyakan platform blog, ia bergantung pada matlamat blog anda.

Baiklah, berikut adalah percubaan untuk saya mencungkil beberapa faktor bagi bloggers yang baru, yang mungkin ingin menimbangkan dalam menetapkan sebuah platform blog.

Ini adalah impak dari pengalaman saya sendiri mengenai blogging sejak tiga tahun yang lalu yang saya kaji sehingga hari ini. Saya menjemput para pembaca untuk kemukakan komen di akhir post ini bertujuan untuk berkongsi ide dan pengalaman mengenai perkara di atas. Dengan itu kita dapat panduan tip tip yang berguna dan dapat mengimbangkan pilihan kita.

Beberapa Soalan Perlu Difikirkan Sebelum Menentukan Platfrom Blog
Seperti membuat sebarang keputusan penting adalah baiknya anda ambil masa sedikit mengkaji keputusan anda.Terdapat banyak persaingan platfrom blog di internet. Manakala anda boleh mengubah platfrom blog anda pada masa lain(kebanyakan dari platfrom blog membenarkan anda mengimport dan mengeksport kandungan blog di kemudian hari)kebiasaannya ada kos yang perlu dikeluarkan untuk memindah kandungan anda (saya di sini bukan bercakap mengenai duit semata mata sebagai contoh dari host blog yang percuma kepada host blog berbayar(sendiri) dimana menukar domain akan menbawa implikasi-implikasi yang baik di Enjin Pencarian(trafik)) Nasihat saya jangan lah terburu buru dalam membuat keputusan/pilihan - ambil masa, buat kajian terperinci dan saya yakin anda akan jumpa satu platfrom blog yang terbaik untuk anda. Mulakan dengan menjawab persoalan ini dan anda akan berada di landasan yang betul untuk mula blogging.

Apakah matlamat anda? + Mungkin perkara paling penting untuk bermula dalam proses memilih platform blog adalah menimbangkan aspirasi untuk blog anda.Ya, bagi mereka yang baru mula adalah agak sukar untuk melihat masa depan blogging,kecuali buatlah yang terbaik untuk menjawab soalan-soalan ini.

-Adakah saya akan blogging dalam jangka masa yang panjang?

-Apakah tujuan utama blog saya?

-Adakah cara blogging saya terarah kepada hobi atau adakah ia berbentuk profesional?

-Bolehkah saya meletakkan iklan di blog saya?

Sudah tentu terdapat banyak lagi soalan yang anda ingin tanya tetapi dengan menjawab kepada bermacam soalan ini membantu kaji selidik platform blog anda adakah lebih banyak sesuai untuk hobi blogger atau profesional blogging beraplikasi.

Berapa bajet anda? + Nak buat blog pun kena ada bajet tau.Seperti benda yang lain, platfrom - platform blog datang dengan satu kepelbagaian harga, dari pilihan yang percuma hinggalah pilihan yang mahal. Ada 3 perkara utama yang mungkin anda perlu bayar:-

1.Platform blog itu sendiri

2.'Hosting' untuk blog

3.'Domain name'

Perlu di fahamkan, platform blogging yang berbeza menawarkan perkhidmatan yang berbeza-beza. Seperti Blogger.com dan WordPress.com menawarkan platform,nama domain dan hosting secara percuma.Manakala WordPress.org(ingat WordPress.Com dan WordPress.org adalah berbeza) hanya menawarkan platform percuma dan anda perlu mencari dan membayar hosting sendiri dan nama domain.Selain itu,MovableType mengenakan bayaran untuk lesen platform (bergantung kepada berapa banyak blog yang anda ada dan sama ada bertujuan komersial, bersifat peribadi, pelajaran atau penggunaan bukan bertujuan mencari keuntungan - mereka juga ada menyediakan platform percuma) dan anda perlu menyusun dan membayar untuk nama domain dan hosting.

Kos-kos lain yang mungkin ingin untuk anda faktorkan di peringkat awal termasuk:

+ Rekabentuk - semua platform blog menyediakan templat percuma (ada antaranya nampak lebih professional dari yang lain)tapi jika anda mahu yang bersifat peribadi anda, anda perlu ada skill rekabentuk, kenal seseorang yang tahu mengenainya atau beli sahaja rekabentuk blog.

+ Alatan blog - Terdapat banyak alatan blog yang anda boleh bayar untuk membantu usaha anda dalam blogging (ada juga yang percuma, kena rajin 'surfing'lah).Ini mungkin juga 'stats packages'(boleh dapat percuma jugak tapi boleh jugak membeli untuk mendapat lebih banyak ciri-ciri)pengeposan di luar talian (offline)& sebagainya.Jika anda masih baru, anda tidak perlukan semua ini tetapi ia akan membantu anda banyak perkara.

Sepandai manakah anda tentang teknologi? - Ini adalah faktor yang sukar dalam memilih platform blog.Jika sebelum ini anda tiada pengalaman untuk membina blog atau website
dan bukan seorang yang minat tentang teknologi maka ada platform blog yang amat sesuai untuk diri anda, kemudian jika anda ada asas walaupun sedikit dan sanggup belajar mengenainya adalah lebih baik.

Pilihan lain ialah mencari seseorang yang berkebolehan dalam bidang ini (bayar atau cari rakan anda). Apa yang bagus mengenai blogging dan kebanyakan platform yang ada di luar sana ialah telah ada satu komuniti ilmu dan untuk membantu serta banyak 'forum' yang bertujuan menbantu anda mengenai platform yang bakal anda pilih.

Platform blog apa orang lain guna? -Adalah lebih baik "jenguk-jenguk" blog yang lain dan platform apa mereka guna. Tanyalah..kalau nanti sesat pulak. Untuk beberapa tahun yang lalu terdapat berbagai platform blog datang dan pergi dan saya rasa kehendak mengenai blog akan terus berkembang. Bakal-bakal blogger harus peka mengenainya.

Cukup setakat ini..Insyaallah esok saya akan buat post mengenai 'Dihoskan lwn Platforms Blogging Mandiri (Stand Alone)'. Teruskan membuat kajian dan ilmu..

Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludang dijadikan nyiru,
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru..

Selamat menblogging.. :)

Wasalam..

Apa itu B.L.O.G?

Sebelum menbuat blog,baiklah di ketahui apa itu blog? Ramai yang bertanyakan tentang perkara ini.Malahan ayahanda ku pun ada tanya apa itu blog?.Jika korang sedang membaca post ini korang juga bertanya soalan yang sama.

Terdapat beberapa cara aku boleh menjawab soalan ini meliputi keluasan yang sangat teknikal.

Sebelum aku menakrifkan 'apa itu blog' - di sini ialah beberapa takrif daripada orang lebih bijak mengenainya

'Weblog adalah satu hierarki teks, imej-imej, benda-benda perantaraan dan data, disusun secara kronologi, yang boleh dilihat melalui pelayar web HTML.'Sumber

'Sebuah penerbitan yang kerap, kronologis pemikiran peribadi dan hubungan antara Web.'Sumber

'Daripada “Web log.” Blog adalah pada asasnya sebuah jurnal iaitu boleh didapati di laman web. Kegiatan pengemaskinian satu blog adalah “blogging” dan yang menyimpan satu blog adalah “blogger.”'Sumber


'Blog adalah pada asasnya sebuah jurnal iaitu boleh didapati di laman web. Kegiatan pengemaskinian satu blog adalah “blogging” dan yang menyimpan satu blog adalah satu “blogger.”Blogs lazimnya dikemaskini setiap hari dengan menggunakan perisian yang membenarkan orang dengan sedikit latar belakang teknikal atau tiada untuk mengemaskininya dan mengekalkan blog.Tugas di setiap blog adalah hampir sentiasa tersusun dalam urutan kronologi dengan pencampuran paling terbaru ditonjolkan kebanyakan terkenal.'Sumber

Maka,apa blog tu?
Korang keliru?Jangan keliru, sebenarnya ia adalah mudah.Untuk memudahkan mengenainya - satu blog adalah sejenis laman web iaitu biasanya disusun dalam urutan kronologi daripada paling terbaru 'post' di atas halaman utama untuk catatan yang lebih lama ke bawah.

Cuba lihat blog ini sebagai contoh.

Blogs biasanya (tetapi tidak selalu) ditulis orang seorang individu dan sering dikemaskini selalu.Blogs sering (kecuali tak selalu) ditulis dengan satu topik khusus, terdapat blogs hampir setiap tajuk yang boleh korang fikirkan.Daripada fotografi,ke kerohanian,ke resipi,ke diari peribadi hinggalah ke hobi sekalipun -blogging banyak aplikasi dan varieti sebagai mana korang dapat bayangkan.Komuniti blog seluruh dunia telah tumbuh dengan cepat sesetengah topik ini meletakkan orang ke dalam hubungan dengan satu sama lain dalam perhubungan di mana mereka boleh belajar, berkongsi buah fikiran, bersahabat dan malah berurusan dengan orang dengan minat yang sama dari seluruh dunia.

Blogs biasanya mempunyai beberapa ciri-ciri yang berguna untuk diketahui.Mari kita lihat ciri-ciri yang ada pada blog

Arkib (Archives) + Anda mungkin melihat muka depan satu blog dan berfikir yang ianya adalah tidak banyak sumber dari mereka.Beberapa catatan mutakhir,beberapa "link" kepada laman web/blogs yang lain dan tidak banyak yang lain.Bagaimanapun, bagus diketahui nilainya bahawa terdapat banyak lagi perkara yang sedang dijalankan, yang bersesuai dengan kehendak korang. Untuk contoh rujuk blog ini,walaupun baru cuba lihat 'post-post' bawah arkib yang telah ditulis mengenainya beberapa bulan.

Apabila aku menulis satu 'post'ini(contoh) ia pergi ke atas muka depan atau lebih keatas post yang lama.Setelah 'post' ini menjadi lama(older post) dan aku 'post' perkara yang baru, maka 'post' yang lama akan turun kebawah, seterus hilang dari pandangan mata.Ini tidak bermankna 'post' yang lama hilang terus dari blog aku, sebab ia telah disimpan di Arkib (Archives)blog.Seperti, kita menyimpan satu file di kabinet tempat kerja. Korang boleh melihat arkib aku, dengan melihat bahagian 'sidebar'(kiri) (sesetengah blog ada sidebar di kiri atau kanan atau kedua-duanya sekali) di 'arkib' atau seksyen 'labels'
Disitu korang dapat melihat 'link' untuk 'post' aku yang terdahulu yang boleh di akses sama ada dengan 'label'.Cuba, lihat label 'adab', disitu jika korang klik korang akan di bawa ke 'post aku yang terdahulu.Yang baru di atas dan lama di bawah.

Komen(Comments) - Mesti difahamkan tidak semua blog menggunakan komen.Blog aku bukan satu monolog tapi satu perbualan Korang boleh memberi maklum balas setiap artikel yang aku 'post'. Klik sahaja pautan "Comments" dibawah setiap 'post'. Ia akan membawa korang ke satu borang dimana korang boleh meninggalkan nama, email atau website/blog korang sendiri dan ruang untuk komen. Cubalah..

Satu cara yang hebat untuk mempelajari mengenai blogs ialah untuk membaca sedikit.Tinggalkan komen,tanya soalan dan 'bookmark' blog yang ada suka.Cara yang paling-paling bagus buat blog korang sendiri. Susah? Tak pandai tentang laman web?

Untuk pengetahuan korang, sebleum aku memulakan blogging, satu apa pun aku tak tahu mengenainya.Dulu sebelum aku ada internet connection di rumah, yang aku tahu pasal internet ialah chat, tengok email, myspace dan benda-benda orang biasa buat.Masa aku belajar di kolej, pensyarah Multimedia suruh semua pelajar memebuat blog tentang projek akhir masing-masing. Masa tu, aku terfikir amenda tu blog, setelah aku lihat contoh baru lah aku faham apa itu blog. Disitulah permulaan aku mula-mula blogging.

Sekali korang cuba tentang blog, korang akan ketagih, almaklumlah sekrang buat blog pun boleh buat duit!

Teruskan belajar mencari ilmu mengenainya..

Akhirkata

Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati..


Mengapa kita suka Berdengki

Dengki! Apabila dibincangkan tentang perihal dengki bangsa Melayu menjadi rujukan. Seperti sudah sinonim apa bila ditanya pasal 'hasad dengki' masyarakat Melayu jadi taruhan. Adakah bangsa lain tiada sifat dengki ini?

Ketahuilah bahawa penyakit ini menimpa semua bangsa di dunia.Persoalannya mengapa ia terlalu ketara di kalangan masyarakat Melayu berbanding bangsa lain di Malaysia?

Sehinggakan apabila dibuat perbandingan 'sifat dengki' di antara masyarakat Cina dan Melayu pasti setiap tangan akan menunding jari kepada orang Melayu, bangsa ku!

Apakah yang menyebabkan sedemikian? Mengapakah segelintir manusia dalam masyarakat Melayu menghiasi jiwa & diri mereka dengan perasaan kotor hasad dengki itu sedangkan dalam masa yang sama menyedari bahawa ajaran Islam yang suci lagi tersangat murni ini sentiasa memerangi sifat mazmummah tersebut?!

Apakah itu hasad & dengki? Hasad atau dengki ialah penyakit hati yang paling berbahaya yang ada pada manusia. Dirujuk pada kamus 'al-Mu'jam al-'Arabi al-Asai',hasad ditakrifkan sebagai suatu sifat dalam diri insan yang mengharapkan supaya nikmat yang ada pada insan lain itu berpindah kepadanya atau terhapus daripada insan itu.

Hasad atau dengki juga merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan.

Sifat ini terlah lama bertapak 'kukuh' dalam masyarakat Melayu dan telah berkembang dari semasa ke semasa.

Tidak hairanlah,seorang Melayu yang agak berjaya dalam perniagaanya contohnya, telah menjadi subjek atau objek untuk dibenci dan didengki.Bukan itu sahaja, bahkan jatuh bangunnya seseorang pemimpin, kadang-kadang timbul hasil daripada hasad dengki.

Tak boleh tengok orang lain senang. Itu pemimpin.Bagaimana dengan masyarakat sekeliling?Hasad dengki juga telah menyebabkan jiran bertelingkah dan kawan menjadi musuh. Ada segelintir jiran yang tidak senang hati apabila melihat jiran sebelahnya membeli perabot baru,kereta baru dan sebagainya.

Lihat sahaja persaingan di tempat kerja untuk mendapatkan pangkat dan kedudukkan di sisi majikan juga membibitkan perasaan hasad dengki di antara teman sekerja.

Yang paling dahsyat, jika gagal memusnahkan saingannya secara fizikal akibat perasaan dengki yang meluap-luap, cara halus di gunakan, ilmu hitam dan sihir seperti santau dan sebagainya.

Mereka ini hanya mengundang kecelakaan di dunia dan di akhirat. Semuanya bersifat sementara.

Sedar atau tidak sedar, orang Melayu yang mempunyai hasad dengki telah mewarisi sifat dan perangai iblis yang di murkai Allah s.w.t. Ketahuilah makhluk pertama yang menonjolkan hasad dengki ialah Iblis.

Ketika Allah s.w.t memerintahkan para malaikat dan iblis sujud kepada Nabi Adam a.s para malaikat mematuhiperintah Allah s.w.t, manakala Iblis mengingkarinya kerana berasa iri hati dan dengkit terhadap Nabi Adam a.s dan berasa bahawa dia lebih baik daripada Nabi Adam a.s.

Kerana kesombongan itulah Allah s.w.t mengisytiharkan Iblis penghuni neraka selama-lamanya.

Justeru,apakah masyarakat Melayu kini sudah mendapat nikmat Islam dan iman sanggup merelakan diri untuk menjadi 'pewaris' kepada iblis dengan terus bergelumang deangan hasad dan dengki ini? Fikirkan lah..

Dengan yang demikian, menjadi kemestian bagi masyarakat Melayu kini khasnya bagi mereka yang sentiasa diulit dengan hasad dengki untuk kembali menghayati ajaran Islam yang tersangat murni agar sifat dengki yang tercela tersebut dapat di buang dari dalam diri.

Ini kerana hasad dengki hanya akan menyebabkan terhapusnya amalan baik yang pernah dilakukan oleh seseorang. Apabila seorang Muslim melakukan kebaikan, ia akan beroleh pahala.

Tapi apabila dia mempunyai sifat dengki terhadap orang lain, amalan-amalan kebaikan yang pernah dilakukannya akan terhapus disebabkan perasaan dengki.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Dengki akan menghapuskan serta membinasakan segala kebajikan dan kebaikan, sebagaimana apai yang menbakar dan menghanguskan kayu."(Hadis Riwayat Abu Dud)
Seharusnya setiap Muslim menyedari bahawa hasad dan dengki membawa kemudaratan dan kecelakaan yang besar bukan sahaja di akhirat,malah kemudaratan juga berlaku di dunia lagi.

Mudarat dengki di dunia ialah seseorang yang dengki itu akan berada dalam keadaan dukacita dan susah hai kerana tidak seronok melihat kebahagian orang lain, lalu jiwanya menjadi tidak tenang dan tidak tenteram selagi orang yang didengki itu terus mendapat nikmat dan kebaikan.

Jiwa yang tidak tenang dan resah gelisah itu sudah tentu akan mengundang pelbagai penyakit dan implikasi yang buruk.

Manakala di akhirat kelak, dia akan mendapat balasan seksa sekiranya tidak bertaubat daripada sifat dengki yang tercela itu.

Akhir kata;

Korek perigi di parit seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berlindung,
Pandai-pandailah membawa diri...
'post' dipetik dan di olah dari mohd sukki othman/milenia muslim/ogos 2008

Copyright © 2008-2009 - Sapa Cilok Siapa's? - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template