Dengki! Apabila dibincangkan tentang perihal dengki bangsa Melayu menjadi rujukan. Seperti sudah sinonim apa bila ditanya pasal 'hasad dengki' masyarakat Melayu jadi taruhan. Adakah bangsa lain tiada sifat dengki ini?
Ketahuilah bahawa penyakit ini menimpa semua bangsa di dunia.Persoalannya mengapa ia terlalu ketara di kalangan masyarakat Melayu berbanding bangsa lain di Malaysia?
Sehinggakan apabila dibuat perbandingan 'sifat dengki' di antara masyarakat Cina dan Melayu pasti setiap tangan akan menunding jari kepada orang Melayu, bangsa ku!
Apakah yang menyebabkan sedemikian? Mengapakah segelintir manusia dalam masyarakat Melayu menghiasi jiwa & diri mereka dengan perasaan kotor hasad dengki itu sedangkan dalam masa yang sama menyedari bahawa ajaran Islam yang suci lagi tersangat murni ini sentiasa memerangi sifat mazmummah tersebut?!
Apakah itu hasad & dengki? Hasad atau dengki ialah penyakit hati yang paling berbahaya yang ada pada manusia. Dirujuk pada kamus 'al-Mu'jam al-'Arabi al-Asai',hasad ditakrifkan sebagai suatu sifat dalam diri insan yang mengharapkan supaya nikmat yang ada pada insan lain itu berpindah kepadanya atau terhapus daripada insan itu.
Hasad atau dengki juga merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan.
Sifat ini terlah lama bertapak 'kukuh' dalam masyarakat Melayu dan telah berkembang dari semasa ke semasa.
Tidak hairanlah,seorang Melayu yang agak berjaya dalam perniagaanya contohnya, telah menjadi subjek atau objek untuk dibenci dan didengki.Bukan itu sahaja, bahkan jatuh bangunnya seseorang pemimpin, kadang-kadang timbul hasil daripada hasad dengki.
Tak boleh tengok orang lain senang. Itu pemimpin.Bagaimana dengan masyarakat sekeliling?Hasad dengki juga telah menyebabkan jiran bertelingkah dan kawan menjadi musuh. Ada segelintir jiran yang tidak senang hati apabila melihat jiran sebelahnya membeli perabot baru,kereta baru dan sebagainya.
Lihat sahaja persaingan di tempat kerja untuk mendapatkan pangkat dan kedudukkan di sisi majikan juga membibitkan perasaan hasad dengki di antara teman sekerja.
Yang paling dahsyat, jika gagal memusnahkan saingannya secara fizikal akibat perasaan dengki yang meluap-luap, cara halus di gunakan, ilmu hitam dan sihir seperti santau dan sebagainya.
Mereka ini hanya mengundang kecelakaan di dunia dan di akhirat. Semuanya bersifat sementara.
Sedar atau tidak sedar, orang Melayu yang mempunyai hasad dengki telah mewarisi sifat dan perangai iblis yang di murkai Allah s.w.t. Ketahuilah makhluk pertama yang menonjolkan hasad dengki ialah Iblis.
Ketika Allah s.w.t memerintahkan para malaikat dan iblis sujud kepada Nabi Adam a.s para malaikat mematuhiperintah Allah s.w.t, manakala Iblis mengingkarinya kerana berasa iri hati dan dengkit terhadap Nabi Adam a.s dan berasa bahawa dia lebih baik daripada Nabi Adam a.s.
Kerana kesombongan itulah Allah s.w.t mengisytiharkan Iblis penghuni neraka selama-lamanya.
Justeru,apakah masyarakat Melayu kini sudah mendapat nikmat Islam dan iman sanggup merelakan diri untuk menjadi 'pewaris' kepada iblis dengan terus bergelumang deangan hasad dan dengki ini? Fikirkan lah..
Dengan yang demikian, menjadi kemestian bagi masyarakat Melayu kini khasnya bagi mereka yang sentiasa diulit dengan hasad dengki untuk kembali menghayati ajaran Islam yang tersangat murni agar sifat dengki yang tercela tersebut dapat di buang dari dalam diri.
Ini kerana hasad dengki hanya akan menyebabkan terhapusnya amalan baik yang pernah dilakukan oleh seseorang. Apabila seorang Muslim melakukan kebaikan, ia akan beroleh pahala.
Tapi apabila dia mempunyai sifat dengki terhadap orang lain, amalan-amalan kebaikan yang pernah dilakukannya akan terhapus disebabkan perasaan dengki.
Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Dengki akan menghapuskan serta membinasakan segala kebajikan dan kebaikan, sebagaimana apai yang menbakar dan menghanguskan kayu."(Hadis Riwayat Abu Dud)
Seharusnya setiap Muslim menyedari bahawa hasad dan dengki membawa kemudaratan dan kecelakaan yang besar bukan sahaja di akhirat,malah kemudaratan juga berlaku di dunia lagi.
Mudarat dengki di dunia ialah seseorang yang dengki itu akan berada dalam keadaan dukacita dan susah hai kerana tidak seronok melihat kebahagian orang lain, lalu jiwanya menjadi tidak tenang dan tidak tenteram selagi orang yang didengki itu terus mendapat nikmat dan kebaikan.
Jiwa yang tidak tenang dan resah gelisah itu sudah tentu akan mengundang pelbagai penyakit dan implikasi yang buruk.
Manakala di akhirat kelak, dia akan mendapat balasan seksa sekiranya tidak bertaubat daripada sifat dengki yang tercela itu.
Akhir kata;Korek perigi di parit seberang,
'post' dipetik dan di olah dari mohd sukki othman/milenia muslim/ogos 2008
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berlindung,
Pandai-pandailah membawa diri...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan