Salam, ni ada tips cara nak akses Gmail jika server down. Sebenarnya bukanlah perkara biasa jika ada akses Gmail anda dapat error page 502.Tetapi jika ia belaku tanpa sebab yang tak diketahui dan anda pula perlu menghantar segera email yang amat penting..bagaimana tu?
Jangan khuatir, semasa saya baca GoogleSystem.blog, telah menyenaraikan URL yang boleh digunakan untuk akses Gmail jika server down. Di antara link di bawah ada yang terbaik untuk akses Gmail dalam keadaan genting. Tapi, terpulang pada nada lah..:)
Mod selamat(Safe mode) - http://mail.google.com/mail/?labs=0
Mod selamat(Secure mode) - https://mail.google.com/
Versi Lama(Older version) - http://mail.google.com/mail/?ui=1
Mod Asas(Basic mode) - http://mail.google.com/mail/?ui=html
HP Mod(Mobile mode) - http://mail.google.com/mail/?ui=mobile or http://m.gmail.com
Mod iPhone(iPhone mode) - http://mail.google.com/mail/x/gdlakb-/gp/
Alat iGoogle(iGoogle gadget) - http://www.google.com/ig/gmailmax
Mod “Tiada pelayar semakan ” (“No browser checking” mode) - http://mail.google.com/mail?nocheckbrowser
Semoga info ini berguna kawan :)
8 Cara Untuk Akses Gmail Jika Server Down
Dicatat oleh Ilham Alfa Label: Google, Internet, TeknologiGoogle Analytics untuk mendapatkan AdSense Integration
Dicatat oleh Ilham Alfa Label: Adsense, Google, TeknologiGoogle akhirnya telah mengeluarkan ciri terbaru untuk Google Analytics, ia itu integrasi AdSense. Ia dengan perlahan diperkenalkan untuk semua pengguna,tetapi jangan cemas jika anda tidak nampak pilihan ini.Anda akan mendapat melihat pilihan ini di minggu yang akan datang.
Ini merupakan satu ciri yang paling dikehendaki oleh Analytics dan pengguna-pengguna AdSense,sebagai bantuan kepada webmasters mengumpul laporan-laporan yang dengan lebih mendalam mengenai laman web mereka, traffic dan pendapatan mereka.
Bukan itu sahaja, Analytics telah hasilkan 5 ciri -ciri terbaru yang akan membuatkan Google Analytics lebih mudah digunakan.
*Advanced Segmentation enables you to isolate and analyze subsets of your traffic. It is true on-the-fly segmentation of visits so that you can create powerful filters with a few mouse-clicks.
*Custom Reports are reports you create, save, and edit to give you a specific view of your data. You can choose the information and metrics you want to see, organized in the way you want to see it, by using a drag and drop interface to populate an Analytics report.
*Motion Charts add sophisticated multi-dimensional analysis to most Analytics reports. Select metrics for the x-axis, y-axis, bubble size, and bubble color and view how they interact over time.
*The Data Export API enables you to create software programs and applications using all read-only report level data from Analytics. The data exported can be used in any number of ways, such as building custom dashboards, creating data visualizations or interfaces, performing offline analysis, and combining/mashing Analytics data with other data sources.
*Integrated Reporting with AdSense lets AdSense publishers see their revenue and impression data alongside their site traffic data in Analytics. Take This integration will give publishers even more metrics to help them measure visitor activity and the performance of ad units, as well as discover areas of revenue potential on their websites.
Ciri-ciri baru ini adalah masih dalam beta,dan anda tidak akan nampak di akaun Adsense anda sehingga anda tidak dapat melihat link di Adsense untuk integrate dengan Analytics.
Google telah melancarkan Toolbar 5 untuk Firefox untuk menyokong ciri - ciri terbaru yang telah disertakan ke dalam IE (Internet Explore) pada beberapa bulan yang lepas.
Ia datang dengan beberapa Google Service yang paling terkenal,seperti Gmail, Google Docs, Bookmarks, YouTube, Notebook, Maps yang berintegerasi dan toolbar ini akan sangat-sangat berguna jika anda menggunakannya.
Satu lagi peralihan utama adalah peningkatan yang dibuat dalam Autofill yang membenarkan kita mewujudkan dengan beberapa profil peribadi atau maklumat perniagaan termasuk alamat, alamat emel dan butir-butir kad kredit.
Terdapat 29 bahasa dalam Google Toobar 5 dan merupakan Toolbar yang pertama dilancarkan di St. Petersburg, pejabat Google di Rusia. Ia berkesan dengan Firefox 2 dan ke atas.
Muat turun Google Toolbar 5 di sini
Rasulullah s.a.w. telah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda s.a.w. adalah rahmat dari Allah S.W.T.yang tidak ternilai harganya kepada alam semesta ini,sebagaimana jelas dari firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
'Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam'.
(Al-Anbiya’:107)
Sebagai seorang Rasul yang diutuskan,darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat ma’sum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Maka kerana itu,arah dan tujuan yang di bawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini,tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpegang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Melalui dua sumber ini umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.
Dalam menyampaikan ajaran dan perintah-perintah dari Allah, Baginda juga memperlihatkan contoh-contoh teladan untuk diikuti oleh umatnya. Berkenaan hal ini Allah S.W.T. telah berfirman:
Maksudnya:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).'
(Al-Ahzab: 21)
Oleh yang demikian, dalam rencana ini kita akan melihat beberapa pengajaran dan contoh teladan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan kehidupannya untuk kita jadikan panduan serta ikutan dalam mengisi dan mempertingkatkan keimanan kita bagi memperolihi darjat taqwa yang diharap-harapkan. Maka untuk itu, dibentangkan sebahagian dari bimbingan dan teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. khasnya berkenaan perkara-perkara berikut:
RUMAHTANGGA
Keharmonian hidup berumahtangga adalah salah satu faktor utama dalam membina sesebuah masyarakat yang baik dan terhormat. Rumahtangga yang baik dan harmoni ini sukar diperolihi tanpa adanya kerjasama serta saling hormat menghormati antara suami isteri dan lain-lain anggota keluarga. Suami seharusnya berkelakuan baik dan berakhlak mulia dalam mengendalikan rumahtangganya, di samping itu sentiasa memperlihatkan contoh-contoh yang baik dalam pergaulan supaya ianya mudah diteladani oleh isteri dan anak-anaknya. Di dalam rumahtangga, para suami tidak sewajarnya bertindak sebagai seorang yang keras dan bengis yang tahu mengarahkan itu dan ini dan mahukan semuanya tersedia untuknya tanpa memikirkan suasana rumahtangga yang memerlukan kasih sayang,kerjasama dan saling bantu membantu.
Dalam kehidupan berumahtangga, Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan suatu teladan yang baik yang boleh diikuti oleh seseorang suami dalam mengurus rumahtangganya. Sebagai seorang suami Rasulullah s.a.w. amat bertimbang rasa dan bersedia membantu keluarganya. Banyak kerja yang dilakukan dengan tangannya sendiri, seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila mahu makan Baginda makan apa-apa makanan yang sedia ada saja. Rasulullah s.a.w. sangat marah kepada suami yang memukul isterinya sebagaimana memukul hamba abdi, sabdanya yang bermaksud:
Tidakkah seseorang dari kamu merasa malu untuk memukul isterinya sebagaimana dia memukul hambanya? Di waktu pagi dipukul isterinya kemudian di waktu malam ditidurinya pula'.
Di samping Rasulullah s.a.w. menunjukkan panduan dan contoh tentang hidup tolong menolong serta perasaan kasih sayang kepada isteri, Rasulullah s.a.w. juga menunjukkan suatu teladan yang baik khususnya kepada mereka yang mempunyai isteri yang lebih dari seorang. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa orang isteri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Ada yang masih muda dan cantik, dan ada yang sudah berumur. Walau bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. tidak sekali-kali bersikap pilih kasih dalam layanan kasih sayang antara mereka. Masa dan giliran mereka dibahagikan dengan adil serta cukup rapi sekalipun dalam masa Baginda sakit. Apabila Rasulullah s.a.w. hendak musafir, Baginda menjalankan undi antara isteri-isterinya itu dan hanya yang terkena undi saja yang berhak bersamanya.
JIRAN
Agama Islam sangat memandang berat tentang masalah berjiran di kalangan masyarakat umat Islam khususnya dan umat manusia umumnya. Islam memberikan perhatian yang sungguh berat ke arah menjalin hubungan yang baik dan harmoni di kalangan masyarakat sesuatu tempat. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. telah memberi panduan dan ajaran kepada umat Islam supaya mengelakkan diri dari segala sesuatu yang mengelakkan diri dari segala sesuatu yang boleh mencetuskan rasa kurang baik sesama jiran. Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah s.a.w. telah menerangkan:
Maksudnya:
' Tidak akan masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasai selamat dari kejahatannya
Waspada Al-Qur'an palsu buatan Amerika.
Apa kes?
Al-Quran baru buatan Amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di Kuwait , berjudul 'The True Furqan' isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan 'Omega 2001' dan 'Wine Press'.
Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'!
Berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan English, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak-anak & generasi muda di Kuwait di sekolah-sekolah berbahasa English disana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Al-fatihah, Al-Jana, dan Al-Injil.
Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristian tentang tiga tuhan.
Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu isteri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM.
Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang-orang Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT
Nak lihat isinya? Tak payah ler buat aper..(nak tengok jugak, gie sini, tengok ajer tau!)
sumber

